Popular Post

Archive for Julai 2013

PIMPINLAHKU MENJADI PEREMPUAN SYURGA

By : liaArisa
ku ingin menjadi seorang perempuan solehah,
lalu bantulah aku untuk mencapai keinginanku,
jangan lah dicuba untuk menarikku jauh dari Allah,
kerna ku ingin berada di sisi Allah sebagai hamba syurganya..

pandulah hala tujuku,
atas jalan kebenaran,
nasihati lah diri ini yang senantiasa alpa,
bawalah aku menuju syurga Allah,

didik lah diriku,
supaya aku menundukkan pandanganku,
supaya ku menjaga adab tatasusila ku,
supaya lidahku sentiasa basah dengan alunan indahNya,
supaya ku tidak lupa kepada pencipta Maha Esa,..

pimpin lah diriku,
yang sentiasa mencari arah pulang ini,
supaya tidak tersesat jauh
jatuh dalam jurang noda-noda kotor,
bantulah aku mencuci titik-titik hitam ini..

ku mengharapkan bantuan,
kerna ku terkadang terpesong dari landasan ini,
kerna seringkali ku menuruti kata hati
mengajakku menuju kemungkaran,
mengheretku ke nerakaNya..

jangan lah dikau bosan dalam mendidik hati ini,
bersabar lah dikau dalam melayan kerenah ini
yang kekadang memberontak keras,
kerna ku mahu kita menuju taman abadiNya..



bingkisan hati,
  liaArisa



Tag : ,

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH

By : liaArisa
Ya Allah aku bersyukur kepadaMu,
Kau bimbing hatiku menuju arahMu,
kau kurniakanku nur petunjukMu,
tidak ku pernah merasa ketenangan ini,
sehinggalah kau membuka pintu hatiku,

Ku bersyukur padamu Ya Allah,
kini ku tidak lagi teraba- raba dalam gelap,
ku tidak lagi menjadi hamba y buta dalam cahaya,
ku tidak lagi tersesat dalam mencari arah,
kini ku tahu destinasi ku..

Ya Allah,
ku kini merasai manisnya merinduiMu,
manisnya merindui Rasulullah,
manisnya hidup di bawah lembayung Mu,
manisnya berada dalam agamaMu ini,
ku ingin selamanya berada dalam ketenangan ini..

Alhamdulillah,
ku panjatkan setinggi kesyukuranku kepadaMu,
atas nikmatMu yang sungguh tinggi ini,
Kau masih berikanku peluang kedua,
untuk bertaubat kepadamu,
untuk ku merasai kemanisan islam,
untukku menuju syurgamu...

Ya Allah,
ku bermohon supaya tetapkanlah hati ini atas jalanMu,
bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya,
tabahkanlah diriku daripada semua dugaanMu,
dan kau lembutkanlah jua hati- hati yang lain,
kerna rugi tidak merasa kemanisan ini..
bimbing lah sentiasa hati-hati kami..
Amin..


liaArisa

MENCARI KEREDHAANMU

By : liaArisa
Ku berdiri di jendela malam,
melihat berjuta bintang bersinar-sinar,
titik-titik embun mula terbentuk,
tubuhku kedinginan dimamah bayu malam,
menyapa pipiku y kebasahan,
alangkah indahnya ciptaan Allah..

Sedingin bayu malam,
sesejuk embun pagi,
setenang air mengalir,
mencerminkan perasaan ini,
jiwa tulus ini,


Kaki ini melangkah keluar,
menikmati panorama indahNya,
mendengar unggas-unggas bersahutan memuji penciptaNya,
seiring langkah ini,
ku memuji Mu,
bersyukur di atas nikmat kurniaanMu.

Ku hanyalah hamba y kerdil,
senantiasa memerlukan petunjukmu,
membawa langkah tubuhku,
menuju taman abadi,.

Ku menadah tangan,
agar jangan dihilangkan cahayaMu,
kerna ku x mahu lgi hdup dlm kegelapan.
kegelapan dunia ini...



ku ingin mencari keredhaanMu,
   liaArisa

- Copyright © Date A Live - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by nazri -