Popular Post

Posted by : liaArisa Sabtu, 28 Mac 2020




        Ketika sedang berjalan-jalan di padang atau halaman rumah, perasankah anda akan kehadiran pokok rumput yang berbunga comel ini. Ada ketikanya ketika anda sedang membuang rumput di sekeliling kawasan rumah mesti akan terjumpa dengan bunga putih kekuningan ini bukan?. Jika ya kenalkah anda dengan bunga ini? kalau belum..


Jom! Kita kenali dan ketahui asal usul, kelebihan dan kekurangan rumput berbunga putih kekuningan ini.



Nama Saintifik 
Tridax Procumbens

Nama lain yg Digunakan 
Kancing Butang / Coat Button / Tridax Daisy / Kekwa Liar

Nama yg Dikenali di Antarabangsa 
English : p.w.d Weed
Spanish : Mata Gusano
French  : Herbe Caille (Mauritus)


Asal
Amerika Tengah dan Selatan serta tumbuh meliar di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.


Ciri-Ciri
Bunga kancing butang ini mempunyai daun,batang yang berbulu halus dan helaian daunnya yang  bergerigi. Bunganya, putih kekuningan dan bentuknya seakan- akan butang atau kancing baju. Bunga ini sangatlah mudah membiak kerana biji benihnya yang ringan akan dibawa oleh angin bahkan hidup di tanah yang tidak subur.

Bunga ini dikenali sebagai rumput liar yang tumbuh menjalar dan menegak mencapai tinggi 60cm. Ia juga diklasifikasikan sebagai rumput perosak yang merosakkan tanaman.



Khasiat Bunga Kancing Butang 

Secara tradisionalnya pokok ini digunakan untuk luka luaran, menghentikan pendarahan, mengelakkan darah beku atau tersumbat, merawat cirit birit dan radang membran mukus pada saluran kerongkong dan hidung. ekstrak bungan Kancing Butang juga boleh bertindak sebagai sebagai penghalang serangga (insect repellant).

Dari segi saintifiknya, ekstrak etanol dari daun bunga kancing baju ini mampu menggantikan paracetamol untuk digunakan terhadap haiwan bagi mengelakkan kesan toksin terhadap haiwan.

Namun, Bunga Kancing Butang / Coat Button / Tridax Procumbens ini dikenali sebagai rumput liar yang merosakkan tanaman dan merupakan hos kepada beberapa serangga perosak pokok dan boleh merubah ekosistem kawasan terbabit.


Tapi disebaliknya, adakah anda tahu? bahawa bunga kancing butang ini boleh dijadikan minuman yang menyegarkan tekak dikala cuaca panas.


 

Caranya, petik bunga kancing butang mengikut kuantiti yang anda mahu, basuh bersih dan rebus dengan air sehingga bertukar warna kuning. Masukkan gula batu / gula pasir. Siap dihidangkan sejuk/ panas.
Rasa air bunga kancing butang ini adalah sama seperti air Teh Bunga Chrisantimum yang dibeli dikedai.
Saya juga telah mencubanya dirumah dan digemari oleh seisi keluarga.


Okey kawan- kawan, setakat ini sahaja coretan daripada saya. Jaga lah diri dan Selamat mencuba, tapi pastikan anda mengutip bunga yang tidak tercemar kebersihannya. 



sumber: https://www.cabi.org/isc/datasheet/55072 
              https://en.wikipedia.org/wiki/Tridax_procumbens
              https://malasaad.blogspot.com/2016/04/tridax-procumbens-wild-daisy-kancing.html

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Date A Live - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by nazri -