Popular Post

Archive for Mac 2020

Bunga Kancing Butang / Coat Button / Tridax Procumbens

By : liaArisa



        Ketika sedang berjalan-jalan di padang atau halaman rumah, perasankah anda akan kehadiran pokok rumput yang berbunga comel ini. Ada ketikanya ketika anda sedang membuang rumput di sekeliling kawasan rumah mesti akan terjumpa dengan bunga putih kekuningan ini bukan?. Jika ya kenalkah anda dengan bunga ini? kalau belum..


Jom! Kita kenali dan ketahui asal usul, kelebihan dan kekurangan rumput berbunga putih kekuningan ini.



Nama Saintifik 
Tridax Procumbens

Nama lain yg Digunakan 
Kancing Butang / Coat Button / Tridax Daisy / Kekwa Liar

Nama yg Dikenali di Antarabangsa 
English : p.w.d Weed
Spanish : Mata Gusano
French  : Herbe Caille (Mauritus)


Asal
Amerika Tengah dan Selatan serta tumbuh meliar di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.


Ciri-Ciri
Bunga kancing butang ini mempunyai daun,batang yang berbulu halus dan helaian daunnya yang  bergerigi. Bunganya, putih kekuningan dan bentuknya seakan- akan butang atau kancing baju. Bunga ini sangatlah mudah membiak kerana biji benihnya yang ringan akan dibawa oleh angin bahkan hidup di tanah yang tidak subur.

Bunga ini dikenali sebagai rumput liar yang tumbuh menjalar dan menegak mencapai tinggi 60cm. Ia juga diklasifikasikan sebagai rumput perosak yang merosakkan tanaman.



Khasiat Bunga Kancing Butang 

Secara tradisionalnya pokok ini digunakan untuk luka luaran, menghentikan pendarahan, mengelakkan darah beku atau tersumbat, merawat cirit birit dan radang membran mukus pada saluran kerongkong dan hidung. ekstrak bungan Kancing Butang juga boleh bertindak sebagai sebagai penghalang serangga (insect repellant).

Dari segi saintifiknya, ekstrak etanol dari daun bunga kancing baju ini mampu menggantikan paracetamol untuk digunakan terhadap haiwan bagi mengelakkan kesan toksin terhadap haiwan.

Namun, Bunga Kancing Butang / Coat Button / Tridax Procumbens ini dikenali sebagai rumput liar yang merosakkan tanaman dan merupakan hos kepada beberapa serangga perosak pokok dan boleh merubah ekosistem kawasan terbabit.


Tapi disebaliknya, adakah anda tahu? bahawa bunga kancing butang ini boleh dijadikan minuman yang menyegarkan tekak dikala cuaca panas.


 

Caranya, petik bunga kancing butang mengikut kuantiti yang anda mahu, basuh bersih dan rebus dengan air sehingga bertukar warna kuning. Masukkan gula batu / gula pasir. Siap dihidangkan sejuk/ panas.
Rasa air bunga kancing butang ini adalah sama seperti air Teh Bunga Chrisantimum yang dibeli dikedai.
Saya juga telah mencubanya dirumah dan digemari oleh seisi keluarga.


Okey kawan- kawan, setakat ini sahaja coretan daripada saya. Jaga lah diri dan Selamat mencuba, tapi pastikan anda mengutip bunga yang tidak tercemar kebersihannya. 



sumber: https://www.cabi.org/isc/datasheet/55072 
              https://en.wikipedia.org/wiki/Tridax_procumbens
              https://malasaad.blogspot.com/2016/04/tridax-procumbens-wild-daisy-kancing.html

Kami Pencinta Kucing

By : liaArisa


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.



Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
.
Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
.
Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.




Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing


Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
 
Tag : ,

- Copyright © Date A Live - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by nazri -