Popular Post

Posted by : liaArisa Khamis, 9 Mac 2017

Assalamualaikum, hai semua.. Lama sudah rasanya tak menjenguk blog ni, haha biasa la tak sempat nak belek. Hmm bukannya apa, kadang-kadang malas dtambah pula dgn kolej dan sekarang pun baru selesai hantar assignment suma, tapi tup tup dah nak final exam pula... Doakan saya ye 😊. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah.  Nanti selesai final exam, masuk kelas MQA dan akhirnya masuk praktikal pula, berdebar hati ni..
Insyaallah habis semua aku nk jadi anak y berguna kpd family aku. Sebagai anak sulung, aku sedar tanggungjawab tu lebih berat untuk aku pikul, lebih banyak perkara yang perlu aku ambil tahu dan selesaikan.. Insyaallah tahun ni adik no 3 SPM. Mudah- mudahan semua akn berjalan dengan lancar. Jadi aku perlu kuat dan terus melangkah untuk adik2 aku. Banyak impian aku yang aku nak capai. Tapi dalam banyak2 impian tu, ada satu impian y aku nak sangat capai, iaitu aku nak beli semua benda y mak abah, adik2 aku nak selama ni. Aku nak tgk wajah gembira diorg, aku taknak tengok mak aku kesana-sini demi sesuap nasi untuk anak2 nya. Aku nak bawak mak abah berjalan ke tempat yang mereka mahu. Aku nak belikan baju baru untuk adik2. Aku nak senangkan diorg. Aku skrg tk mampu dari segi kewangan. Aku kdang cemburu dgn ksenangan orang lain. Namun, aku sedar aku perlu bersyukur atas kehidupan yang aku lalui sekarang, walaupun kehidupan ku begini, aku bersyujur dan gembira dgn apa y aku ada sekarang. Insyaallah aku akan terus melangkah menuju kehidupan y lebih baik. 😊

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Date A Live - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by nazri -