- Back to Home »
- DALAM GELAP »
- Wujudkah Destinasi Itu?
Posted by : liaArisa
Khamis, 26 Mei 2016
Adakalanya aku merasakan tiada lagi destinasi untukku,
Untuk apakah, aku terus mengorak langkah?
Untuk apakah, untuk aku terus mengukir senyuman?
Untuk apakah, untuk aku terus melihat?
Jika hanya kegelapan yang menyelubungi.
Masih adakah destinasi itu untuk aku?
Masih teguhkah aku untuk terus berdiri dalam realiti?
Masih adakah ruang untuk aku terus bermimpi?
Masih adakah tempat untuk aku terus di sini?
Hidupku ini hanya dipenuhi berjuta soalan,
Soalan yang tersusun dari kata hati,
Wujudkah jawapan untuk kata hati itu?
Yang terus muncul hanyalah soalan demi soalan..
Mampukah aku untuk terus berada di sini,
menikmati sisa-sisa memori yang terpahat.
Bisakah aku terus mengukir senyuman,
Biarpun hanya berpura disebalik air mata.
Adakah sekelumit bahagia untuk aku kecapi?
Terhapuskah air mata yang mengalir ini suatu hari nanti?
Sampai bilakah aku akan terus begini?
Aku mulai lupa bagaimana untuk mengukir seulas senyuman,
Ajari lah aku untuk merasainya lagi..
Bingkisan melodi hati,
-LiaArisa